Mula Kerja Pembinaan
Kerja-kerja pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin telah pun
dimulakan pada 27 Disember 2012 (Khamis) yang lepas. Selepas lebih
setahun idea pembinaan di wujudkan dan juga kutipan dana dilancarkan
maka pada 27hb Disember yang lalu baru lah kerja-kerja pembinaan dapat
di mulakan. Para AJK telah berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM 55,000
dalam masa setahun. Walaupun kira-kiranya masih belum mencukupi tetapi
AJK PTA memutuskan untuk memulakan pembinaannya dahulu sambil meneruskan
usaha mengumpulkan dana lagi.
Sejumlah RM 30,000 dana masih lagi diperlukan untuk menyiapkan
sepenuhnya bangunan 2 tingkat bangunan PTA ini. Bangunan PTA 2 tingkat
terdiri dari tingkat bawah : Surau, tandas dan bilik air muslimin dan
muslimat. Tingkat atas adalah dewan serbaguna. Keluasan asal banguan ini
adalah 24' X 36'. Arkitek yang mereka cipta bentuk bangunan adalah
Encik Mustafa bekas anak murid Haji Jaaman semasa beliau menjadi
Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Trengganu dahulu.
Pengurus projek pembinaan bangunan PTA ini adalah Encik Zulkifli (Zul
Kayo) yang juga merupakan Bendahari PTA. En Zul bertanggungjawab
menyelenggara segala projek pembinaan PTA sehingga siap. Menurut Zul
beliau akan menyiapkan bangunan mengikut pelan dan sejimat mungkin
belanja.
Sumbangan dana masih diperlukan.Kepada Muslimin dan Muslimat yang bermurah hati dapat lah kiranya sumbangkan sejumlah dana ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor Akaun 555069113244
No comments:
Post a Comment