Sunday 3 March 2013

PTA Siap 95%









Hari Khamis 28 Februari yang lepas saya balik Kg Larong untuk melihat perkembangan pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin. Saya dapati hampir 95% pembinaannya telah siap. Tiles (jubin) pun telah siap dipasang di dalam surau, bilik air dan di kaki lima. Tingkap-tingkap semua sudah di pasang. Tetapi masih ada beberapa bahgian yang belum di siapkan atau di pasang antaranya :-

  1. Pintu – pintu hadapan ,sisi dan bilik2 air.
  2. Siling – siling tingkat atas belum dipasang.
  3. Railing tangga – atau besi untuk jadi pemegang atau penghadang tangga
  4. Bumbung bilik air dan tandas – menurut Abg Zul, dia dan Cikgu Jaaman bercadang untuk pasang awning sahaja sebagai atap bilik air.
  5. Pagar – pasang keliling kawasan PTA


Pemasangan paip air dan juga pendawaian elektrik untuk bangunan PTA telah disiapkan. Permohonan dengan TNB dan juga pihak SAINS untuk air juga telah di masukkan. Menurut Cikgu Jaaman air telah dimasukkan dan sekarang cuma menunggu TNB memasukkan elektrik sahaja. Insyallah dalam masa terdekat ini semua perkara ini diharap dapat diselesaikan, ulas Cikgu Jaaman lagi.





Selain daripada itu menurut Abg Zul (bendahari), PTA masih berhutang sebanyak RM 6,000 dengan kedai Hardware Ban Soon dan juga RM 1,000 dengan kedai Hardware Robert. Sehubungan dengan itu Cikgu Jaaman merayu kepada penderma-penderma yang budiman untuk menderma sejumlah dana lagi untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin ini. Segala bantuan derma boleh di masukkan ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank, Nombor akaun : 5550 6911 3244 Segala bantuan derma di ucapkan Jazakallahu Khairan Khathira dan semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati Tuan/Puan semua.













Saturday 9 February 2013

PTA Dah Naik Bumbung




Gambar ini diambil pada 9 Feb 2013


Kerja-kerja pembinaan bangunan Pusat tarbiyah Al Amin (PTA) terus berjalan lancar. Semalam sebelum menghadiri usrah di Klawang saya dan Ustaz Suhaimi sempat singgah di Kg Larong untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan tersebut.



 
Nampaknya pembinaan sudah hampir siap. Menurut kata Tuan Hj Jaaman (Pengerusi PTA) dalam masa 2 hari proses pemasangan bumbung akan siap. Selepas itu kerja-kerja plaster dinding bangunan akan di mulakan. Selepas selesai plaster baru lah dapat pasang jubin (tiles) di bahagian dalam surau. Tuan Hj Abdul Rahman dari Kuala Selangor telah bersetuju untuk menyumbangkan jubin bagi seluruh lantai bawah surau termasuk juga untuk bilik air dan berandah luar. Kita akan menggunakan lori Saudara Khalid dari Pertang untuk mengambil jubin tersebut di kilangnya di Kuala Selangor, menurut Hj Jaaman.

 Gambar ini di ambil pada 9 Feb 2013


Menurut Haji Jaaman lagi PTA masih kekurangan dana sebanyak RM 10,000 lagi untuk menyiapkan seluruh bangunan ini. Kalau kami dapat sumbangan lagi dalam RM 10,000 Insyallah siap lah seluruh bangunan PTA ini menurut katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada seluruh umat Islam yang bermurah hati agar dapatlah menyumbangkan lagi kepada PTA untuk membantu menyiapkan bangunan ini. Sumbangan Tuan/Puan boleh dimasukkan ke dalam akaun  PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank. Nombor Akaun : 5550 6911 3244.


Tuan Haji Jaaman bagi pihak seluruh AJK Pusat Tarbiyah Al Amin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan dan beliau mendoakan agar semuanya di rahmati ALLAH. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan para penyumbang atau sesiapa sahaja yang ingin melawat atau memberikan sumbangan buah fikiran kepada PTA.
 

 Gambar ini di ambil semalam 9 Feb 2013





Thursday 24 January 2013

Perjumpaan Di Kuala Trengganu

Semalam 23 januari 2013 Cikgu Jaaman telah dapat berjumpa dengan bekas pelajar SMTT tahun 1976-1977 di Restoran Mama Tomyam di Tok Jembal, Kuala Trengganu.Dalam pertemuan yang penuh mesra itu berbagai-bagai cerita baru dan lama dah keluar. Antara alumni SMTT yang dapat hadir adalah Hj Ismail, Mazlan Adam, Dr Fouziah, Hj Mohd Anuar, Ahmad Rafie, Zulkifli Hashim dan Zulkifli Mohd. Kawan saya sama sekolah Alam Shah dahulu turut hadir iaitu Mazlan Mohd Zain.


Alumni SMTT Trengganu bersama Cikgu Jaaman di Restoran Mama Tomyam


Dalam pertemuan tersebut Cikgu Jaaman Pengerusi PTA sempat menerangkan tentang projek pembinaan bangunan PTA yang sedang rancak berjalan di Kuala Klawang. Hasil perbincangaqn tersebut pelajar lama SMTT tersebut telah bersetuju untuk membantu Cikgu Jaaman dalam membina bangunan PTA tersebut sekadar yang mereka mampu. Menurut mereka perkara ini akan diwar-warkan juga kepada rakan-rakan alumni SMTT mereka yang lain.




Wednesday 23 January 2013

PTA 21 Jan 2013

Lawatan saya ke Kuala Klawang untuk melihat perkembangan pembinaan bangunan PTA pada hari Isnin 21hb yang lepas adalah tidak sia-sia. Ini kerana pembinaan bangunan PTA telah pun sampai ke tingkat 2. Alangkah gembiranya rasa hati kerana Insyallah tidak lama lagi  kewujudan bangunan PTA akan menjadi realisasi.




Tabik saya pada abang Zul dan kumpulan pekerja nya kerana mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiapkan bangunan ini mengikut jadual. Baru-baru ini beberapa orang pelajar lama Sek Men Teknik Trengganu (pelajar tahun 1976) telah datang ke Kuala Klawang untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan bangunan PTA.Mereka juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1,000. Mereka juga berjanji untuk menghubungi rakan2 mereka yang lain untuk sama-sama membantu dan menyumbang kepada pembinaan PTA.


Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan bangunan PTA boleh lah memasukkan wang ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank.Nombor akaun PTA adalah : 5550 6911 3244 Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih.Semoga Tuan/Puan di berkati dan di rahmati ALLAH.



Saturday 19 January 2013

Lawatan Hj Kamarol Pengarah JPN

Pengarah JPN Tuan Hj Kamarol telah datang melawat Pusat Tarbiyah Al Amin pada hari Rabu yang lepas. Beliau bersama rombongan telah menghabiskan masa selama 1 jam melihat perkembangan pembinaan PTA dan berbincang beberapa perkara dengan Hj Jaaman pengerusi PTA.

 Dari kiri Hj Jaaman, Hj Kamarol & seorang sahabat

 
Antara topik perbincangan adalah tentang pendekatan sistem pelajaran yang akan dijalankan di PTA dan juga guru-guru yang akan mengajar di PTA. Menurut Hj Jaaman PTA akan menjalankan sisitem pembelajaran seperti pondok2 di Kelantan iaitu mempelajari satu-satu kitab sehingga khatam.PTA juga telah mendapat persetujuan beberapa orang Ustaz untuk mengajar di situ antaranya adalah Ustaz Suhaimi, Ustaz kassim Tahir, Ustaz Khairi Zainuddin dan Ustaz Khairil Wafa.Menurut Hj Jaaman perkara ini akan diperincikan dengan lebih lanjut apabila bangunan siap dan jadual atau silabus pelajaran telah disiapkan.

 




Lawatan YB Taufek

Pada hari rabu 16 Januari yang lepas YB Hj Taufek ADUN Paroi telah singgah untuk melawat kerja-kerja pembinaan PTA. YB datang ke Jelebu kerana menghadiri pengkebumian arwah isteri Tuan Hj Razak sahabat YB. Haji Kateran turut bersama YB melawat PTA.

Dari kiri Saiful, YB Taufek, Zul & Hj Kateran


YB sempat meluangkan masa selama 15 minit untuk melihat kerja-kerja pembinaan yang dijalankan dan bertanya beberapa soalan kepada En Zul dan saya. YB sempat bertanya bila projek pembinaan bangunan PTA akan siap. Kami menyatakan insyallah akan siap sebelum hujung bulan februari.



Tuesday 15 January 2013

DAH NAK NAIK TINGKAT 2

Nampaknya pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin berjalan lancar di bawah kelolaan Abang Zul dan Haji Jaaman. Sehingga kini batu dan batu angin tingkat bawah sudah siap di pasang. Para pekerja sedang dalam proses untuk membuat beam bagi meneruskan pembinaan ke tingkat 2.



Menurut abang Zul Insyallah bangunan PTA akan siap dalam masa sebulan setengah ini jika tidak ada apa2 halangan. Hari ini saya mendapat sms dari Hj Jaaman ada seorang Hamba ALLAH telah datang melawat projek pembinaan PTA dan menghulurkan derma sebanyak RM 3,000. Beliau telah datang bersama isteri dan anak beliau yang juga merupakan seorang guru sekolah.


Sebelum ini terdapat seorang Hamba ALLAH dari Jeram yang menghulurkan RM 2,000 dan juga membelikan tiang roman untuk PTA. Seorang ahli perniagaan dari Kuala Selangor telah bersetuju untuk mendermakan Jubin untuk lantai Surau PTA.



Insyallah dengan bantuan derma sebegini projek pembinaan PTA akan dapat direalisasikan secepat mungkin dan kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan tanpa tergendala atau terbantut dengan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu bantuan derma dari Tuan/Puan masih diperlukan lagi. Diharap Tuan/Puan sudi dan bermurah hati untuk menderma ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor akaun Maybank PTA adalah 5550 6911 3244. Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathira...

Yang benar
SAIFUL BAHRI
Setiausaha PTA