Thursday 24 January 2013

Perjumpaan Di Kuala Trengganu

Semalam 23 januari 2013 Cikgu Jaaman telah dapat berjumpa dengan bekas pelajar SMTT tahun 1976-1977 di Restoran Mama Tomyam di Tok Jembal, Kuala Trengganu.Dalam pertemuan yang penuh mesra itu berbagai-bagai cerita baru dan lama dah keluar. Antara alumni SMTT yang dapat hadir adalah Hj Ismail, Mazlan Adam, Dr Fouziah, Hj Mohd Anuar, Ahmad Rafie, Zulkifli Hashim dan Zulkifli Mohd. Kawan saya sama sekolah Alam Shah dahulu turut hadir iaitu Mazlan Mohd Zain.


Alumni SMTT Trengganu bersama Cikgu Jaaman di Restoran Mama Tomyam


Dalam pertemuan tersebut Cikgu Jaaman Pengerusi PTA sempat menerangkan tentang projek pembinaan bangunan PTA yang sedang rancak berjalan di Kuala Klawang. Hasil perbincangaqn tersebut pelajar lama SMTT tersebut telah bersetuju untuk membantu Cikgu Jaaman dalam membina bangunan PTA tersebut sekadar yang mereka mampu. Menurut mereka perkara ini akan diwar-warkan juga kepada rakan-rakan alumni SMTT mereka yang lain.




Wednesday 23 January 2013

PTA 21 Jan 2013

Lawatan saya ke Kuala Klawang untuk melihat perkembangan pembinaan bangunan PTA pada hari Isnin 21hb yang lepas adalah tidak sia-sia. Ini kerana pembinaan bangunan PTA telah pun sampai ke tingkat 2. Alangkah gembiranya rasa hati kerana Insyallah tidak lama lagi  kewujudan bangunan PTA akan menjadi realisasi.




Tabik saya pada abang Zul dan kumpulan pekerja nya kerana mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiapkan bangunan ini mengikut jadual. Baru-baru ini beberapa orang pelajar lama Sek Men Teknik Trengganu (pelajar tahun 1976) telah datang ke Kuala Klawang untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan bangunan PTA.Mereka juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1,000. Mereka juga berjanji untuk menghubungi rakan2 mereka yang lain untuk sama-sama membantu dan menyumbang kepada pembinaan PTA.


Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan bangunan PTA boleh lah memasukkan wang ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank.Nombor akaun PTA adalah : 5550 6911 3244 Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih.Semoga Tuan/Puan di berkati dan di rahmati ALLAH.



Saturday 19 January 2013

Lawatan Hj Kamarol Pengarah JPN

Pengarah JPN Tuan Hj Kamarol telah datang melawat Pusat Tarbiyah Al Amin pada hari Rabu yang lepas. Beliau bersama rombongan telah menghabiskan masa selama 1 jam melihat perkembangan pembinaan PTA dan berbincang beberapa perkara dengan Hj Jaaman pengerusi PTA.

 Dari kiri Hj Jaaman, Hj Kamarol & seorang sahabat

 
Antara topik perbincangan adalah tentang pendekatan sistem pelajaran yang akan dijalankan di PTA dan juga guru-guru yang akan mengajar di PTA. Menurut Hj Jaaman PTA akan menjalankan sisitem pembelajaran seperti pondok2 di Kelantan iaitu mempelajari satu-satu kitab sehingga khatam.PTA juga telah mendapat persetujuan beberapa orang Ustaz untuk mengajar di situ antaranya adalah Ustaz Suhaimi, Ustaz kassim Tahir, Ustaz Khairi Zainuddin dan Ustaz Khairil Wafa.Menurut Hj Jaaman perkara ini akan diperincikan dengan lebih lanjut apabila bangunan siap dan jadual atau silabus pelajaran telah disiapkan.

 




Lawatan YB Taufek

Pada hari rabu 16 Januari yang lepas YB Hj Taufek ADUN Paroi telah singgah untuk melawat kerja-kerja pembinaan PTA. YB datang ke Jelebu kerana menghadiri pengkebumian arwah isteri Tuan Hj Razak sahabat YB. Haji Kateran turut bersama YB melawat PTA.

Dari kiri Saiful, YB Taufek, Zul & Hj Kateran


YB sempat meluangkan masa selama 15 minit untuk melihat kerja-kerja pembinaan yang dijalankan dan bertanya beberapa soalan kepada En Zul dan saya. YB sempat bertanya bila projek pembinaan bangunan PTA akan siap. Kami menyatakan insyallah akan siap sebelum hujung bulan februari.



Tuesday 15 January 2013

DAH NAK NAIK TINGKAT 2

Nampaknya pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin berjalan lancar di bawah kelolaan Abang Zul dan Haji Jaaman. Sehingga kini batu dan batu angin tingkat bawah sudah siap di pasang. Para pekerja sedang dalam proses untuk membuat beam bagi meneruskan pembinaan ke tingkat 2.



Menurut abang Zul Insyallah bangunan PTA akan siap dalam masa sebulan setengah ini jika tidak ada apa2 halangan. Hari ini saya mendapat sms dari Hj Jaaman ada seorang Hamba ALLAH telah datang melawat projek pembinaan PTA dan menghulurkan derma sebanyak RM 3,000. Beliau telah datang bersama isteri dan anak beliau yang juga merupakan seorang guru sekolah.


Sebelum ini terdapat seorang Hamba ALLAH dari Jeram yang menghulurkan RM 2,000 dan juga membelikan tiang roman untuk PTA. Seorang ahli perniagaan dari Kuala Selangor telah bersetuju untuk mendermakan Jubin untuk lantai Surau PTA.



Insyallah dengan bantuan derma sebegini projek pembinaan PTA akan dapat direalisasikan secepat mungkin dan kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan tanpa tergendala atau terbantut dengan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu bantuan derma dari Tuan/Puan masih diperlukan lagi. Diharap Tuan/Puan sudi dan bermurah hati untuk menderma ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor akaun Maybank PTA adalah 5550 6911 3244. Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathira...

Yang benar
SAIFUL BAHRI
Setiausaha PTA





MULA NAIK BATU

Semalam Isnin 7 Januari saya pergi melawat projek binaan PTA. Nampaknya para pekerja sudah mula menaikkan batu atau ikat batu dinding. Menurut abg Zul kerja tertangguh selama 2 hari di sebabkan hujan lebat. Walaubagaimanapun progres pembinaan bangunan ini sangat memberangsangkan.



Menurut Cikgu Jaaman (Pengerusi PTA) terdapat beberapa sumbangan yang diterima dari orangramai. Ada juga yang menaja belanja membeli tiang dan seorang hamba ALLAH telah bersetuju untuk menaja "JUBIN SERAMIK/TILES". Menurut beliau lagi terdapat juga sumbangan yang diterima dari KL, Shah Alam dan Terengganu.



Namun begitu sumbangan wang ringgit dan juga sumbangan derma bebentuk barang-barang binaan masih lagi diperlukan, Jika tuan/puan ingin menyumbangkan barang-barang binaan boleh terus menghubungi Hj Jaaman (019-2857308) atau Sdra Zul (017-2059460) dan untuk sumbangan wang ringgit boleh dimasukkan terus ke dalam akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank Nombor akaun 5550 6911 3244. Sumbangan tuan/puan amatlah dihargai. Semoga tuan/puan diberkati ALLAH.
 

Siapkan Beam dan Lantai

Lawatan ke tapak projek pembinaan bangunan PTA pada jumaat 4 Januari yang lepas menunjukkan perkembangan yang menakjubkan. Pekerja-pekerja tersebut dah selesai menaikkan tiang dan beam keliling juga dah siap. JCB sedang mengisikan tanah dan batu untuk melantai bawah. 3 orang pekerja sedang menyiapkan dan menggali lubang tandas dan jamban untuk di masukkan paip.



Menurut Zul 2 tandas dan 1 bilik air akan di bina di setiap bahagian Muslimat dan Muslimin iaitu di belakang Surau.Tempat mengambil wuduk juga akan disiapkan sekali. Nampaknya perkembangan ini sangat menakjubkan dan para pekerja bekerja dengan baik sekali dan ikhlas.



Cuma sekarang ini DANA pembinaan masih belum mencukupi. Diharap Muslimin dan Muslimat dapat menyalurkan SEDEKAH JARIAH dengan seikhlas hati kepada PUSAT TARBIYAH AL AMIN. Sumbangan ikhlas Tuan /Puan boleh dimasukkan ke dalam akaun PTA di Maybank. Nombor akaun PTA di Maybank adalah 5550 6911 3244. Semoga Tuan/Puan akan diberkati ALLAH SWT.



NAIK TIANG

Semasa lawatan ke tapak pembinaan bangunan PTA pada hari Rabu 2 Januari semalam kerja-kerja menaikkan tiang dan membuat beam telah dijalankan oleh pekerja-pekerja binaan tersebut. Tiang yang digunakan adalah di tempah khas oleh En Zul dengan seorang pembuat tiang dan batu ukir di Kg teriang En Daud namanya. Tiang ini adalah tiang konkrit dan mempunyai 4 besi Y12 didalamnya serta diikat dengan besi 'leng'. Jadi memang kuat menurut kata Zul, walaupun nampaknya kecil. Ini menjimatkan kayu untuk membuat kepuk tiang. Selepas itu tiang diikat dengan beam dan kemudian barulah beam dan tiang di konkrit sekali gus bersama-sama kata Zul.







Alhamdulillah nampaknya kerja-kerja berjalan dengan lancar walaupun sekali-sekala hujan turun, tetapi tidak mencacatkan jadual kerja.







Sehubungan dengan itu sumbangan derma tuan/puan masih diperlukan lagi untuk menyiapkan terus bangunan PTA ini. Sebanyak RM 30,000 masih lagi diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan ini. Harap mendapat IHSAN tuan/puan untuk menyumbang dan menjayakan projek pembinaan bangunan PTA ini. Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank : 555 069 113 244. 

SAIFUL BAHRI BIN JAAMAN
Setiausaha PTA





Sumbangan Barang Binaan



Kepada yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berhubung terus dengan:
  1. Encik Mazlan Adam (0138697710)
    untuk sumbangan bahan binaan seperti batu, batu-bata, simen, besi tetulang dan seumpamanya
Untuk lain-lain sumbangan boleh berhubung dengan
  1. Sr. Haji Ismail Mat Deris (0199567595); atau
  2. Mustaffa Abdullah (0178808718)
Dan untuk sumbangan kewangan boleh terus menyalurkannya ke akaun Pusat Tarbiyah Al-Amin – Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban. Nombor Akaun : 05100-41-00020895-4 .

PELAN PEMBANGUNAN

Perspektif

   

Pelan Lantai

 

Pandangan

Mula Kerja Pembinaan

Kerja-kerja pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin telah pun dimulakan pada 27 Disember 2012 (Khamis) yang lepas. Selepas lebih setahun idea pembinaan di wujudkan dan juga kutipan dana dilancarkan maka pada 27hb Disember yang lalu baru lah kerja-kerja pembinaan dapat di mulakan. Para AJK telah berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM 55,000 dalam masa setahun. Walaupun kira-kiranya masih belum mencukupi tetapi AJK PTA memutuskan untuk memulakan pembinaannya dahulu sambil meneruskan usaha mengumpulkan dana lagi.



Sejumlah RM 30,000 dana masih lagi diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan 2 tingkat bangunan PTA ini. Bangunan PTA 2 tingkat terdiri dari tingkat bawah : Surau, tandas dan bilik air muslimin dan muslimat. Tingkat atas adalah dewan serbaguna. Keluasan asal banguan ini adalah 24' X 36'. Arkitek yang mereka cipta bentuk bangunan adalah Encik Mustafa bekas anak murid Haji Jaaman semasa beliau menjadi Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Trengganu dahulu.


 


Pengurus projek pembinaan bangunan PTA ini adalah Encik Zulkifli (Zul Kayo) yang juga merupakan Bendahari PTA. En Zul bertanggungjawab menyelenggara segala projek pembinaan PTA sehingga siap. Menurut Zul beliau akan menyiapkan bangunan mengikut pelan dan sejimat mungkin belanja.













Sumbangan dana masih diperlukan.Kepada Muslimin dan Muslimat yang bermurah hati dapat lah kiranya sumbangkan sejumlah dana ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor Akaun 555069113244

Majlis Solat Hajat, Pecah Tanah dan Pelancaran PTA


Sewaktu berkunjung ke kediaman Cikgu Jaaman pada Isnin 1 Oktober lalu untuk pemeriksaan tapak di dalam peringkat akhir menyediakan pelan pembangunan, kami telah mencadangkan agar kerja-kerja pembangunan ini dapat dimulakan pada hari pertama tahun baru hijrah – 1 Muharram 1434 Hijrah bersamaan dengan hari Khamis 15 November 2012.
Di harapkan pada hari tersebut, seramai mungkin khasnya Alumni Sekolah Menengah Teknik Terengganu akan dapat hadir selain daripada memberikan sumbangan untuk cadangan pembangunan ini.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkannya terus ke akaun Pusat Tarbiyah Al-Amin – Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban. Nombor Akaun : 05100-41-00020895-4 .

Gotong Royong Bersihkan Tapak PTA

Pada bulan Mei yang lepas AJK Pusat Tarbiyah Al Amin telah mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan tapak bangunan PTA dan juga kawasan PTA. 5 batang pokok kelapa dan 2 batang pokok durian terpaksa ditebang. Seluruh AJK PTA dan kaum keluarga Cikgu Jaaman juga telah turun membantu menjalankan gotong royong tersebut. Semua batang-batang dan daun pokok telah dibakar. Terdapat juga penduduk tempatan yang mengambil batang durian yang telah dipotong-potong untuk dijadikan tempat duduk.

Bangunan lama yang kecil yang mana dahulu digunakan sebagai pejabat MTD terpaksa juga di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin. Sekarang bahagian depan lot 415 yang bakal didirikan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin telah pun lapang. Beberapa lori tanah telah di masukkan untuk meratakan bahagian yang bekas bangunan kecil pejabat lama MTD.